Friday, 30 March 2012

RINDU

♥ Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :

" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..


✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥♥"

~ Ungkapan ini bukan sahaja untuk pasangan suami isteri tetapi juga kepada sahabat-sahabat kita.. :-)

bekas hantaran





~renungan~


Thursday, 29 March 2012

kita pernah dilukai & melukai

Kita Pernah Dilukai Dan Melukai..
Kita pernah “DILUKAI”
dan mungkin pernah “MELUKAI”
tapi kerana itu kita BELAJAR
tentang bagaimana cara menghargai, menerima, berkorban dan memperhatikan.

Kita pernah “DIBOHONGI”
dan mungkin pernah “MEMBOHONGI”,
tapi dari itu kita belajar tentang KEJUJURAN.

Andaikan kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam hidup ini, mungkin kita tidak pernah belajar arti diri MEMINTA MAAF dan MEMBERI MAAF.Setiap waktu yang telah kita habiskan dalam hidup ini, tidak akan terulang kembali. Namun ada satu hal yang masih tetap bisa kita lakukan,..yaitu BELAJAR dari masa lalu untuk hari ESOK yang lebih baik.

Hidup adalah proses,
Hidup adalah belajar.
Tanpa ada batas umur,
Tanpa ada kata tua

JATUH, berdiri lagi
KALAH, mencuba lagi
GAGAL, bangkit lagi,
Sehinggalah Allah memanggil:
“Waktu untuk PULANG”

Wednesday, 28 March 2012

50 LANGKAH MENJADI SUAMI MITHALI

1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun.
Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah.
Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang.
Elakan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami.
Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.
Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.

33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.

34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga.
Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga.
Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.

37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji

40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.

46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri.
Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.

48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riaadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

Monday, 26 March 2012

Kenape Jin Suka Merasuk Manusia

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah.
3. Meninggikan suara dalam bilik air.
4. Menangis dan merintih sebelum tidur.
5. Membuang air panas ke dalam bilik air.
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah.
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan.
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan.
9. Selalu bertengkar suami isteri.
10. Terlampau marah.
11. Mengikut hawa nafsu.
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah.
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir.
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah.
15. Perempuan suka bersolek.
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir.
17. Jin jatuh cinta pada manusia.
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Pesanan Buat Diriku & Kawan2

- jgn cepat terasa hati dengan teguran orang lain. bersangka baik la sentiasa.
- jgn peduli apa org ckp, selagi perkara yang kita buat tidak bertentangan dengan ajaran Agama.
- jgn harap org nk kesian kat kita, kita msti ada kekuatan sendiri, belajarlah berdikari, kalau nak bergantung pada orang lain terus, sampai bila?
- jgn jadi seperti lalang, kejap rebah kebelakang, kejap rebah kehadapan. tpi jadilah seperti padi, tunduk kalau berisi. hidup msti ada pendirian yang tetap.
- buat baik pda sume org, yg lain tu serah kpd Allah.
- tlg org tanpa diminta, jgn mengharap balasan & pujian.
- selalu bersyukur apa yg kita ada, tk perlu kaya dengan harta. yg penting hidup tenang & bahgia walaupun miskin harta.
- hati² dengan lelaki zaman skang. dalam 10 org mungkin ada sorang 2 jer yg boleh di buat suami, yang selebihnya, untuk mengisi masa lapang saja.
- hidup biarlah berbudi, moga mati berseri².
- senyumlah di saat masalah menimpa diri, x rugi, maka itu adalah tuntutan, terima sahaja dengan hati yang redha.
- selalu dekatkan hati dengan Allah, bukan dengan GF/BF.
- bila ada masalah, mengadu dengan Allah, bukan FB, TWITTER & BLOG jadi sasaran.

Friday, 23 March 2012

HARI JUMAAT

hari ni hari jumaat..so, banyak perkara2 yang doleh di lakukan pada hari ini,,antaranya...:-


Seharian Di Bukit Genting Wif My Fren..

05 febuary 2012-ahad-suasana permandangan dari atas bukit Genting...sejuk....










syok sangat..first time aku naek atas sana..rasa mcm nk naek lg kot..agak2 nya bila la ek??..hurmmmm

Thursday, 22 March 2012

tips untuk memahami hati wanita

1. Mudah tersinggung jika hatinya terusik terutama yang membangkitkan perasaannya.

2. Mudah jemu dan perlukan suasana yang berlainan untuk menghilangkan rasa jemu dan bosan.

3. Dia amat memerlukan cinta kerana memandang lelaki sebagai orang yang dicintainya dan cuba menyesuaikan dirinya dengan lelaki yang dicintainya.

4. Dia suka dipuji walaupun dia tahu bahawa lelaki itu berdusta asalkan pujian itu tidak menyakiti dirinya, malah mendatangkan kegembiraan kepada dirinya.

5. Dia berhati sentimental kerana naluri dan perasaan wanita yang penuh dengan kelembutan, sensitif, perasa dan lebih suka terpengaruh oleh suara hatinya berbanding akalnya.

6. Dia cemburu. Ini kerana wanita lebih cenderung mempertahankan harga diri, kepentingan peribadi, kepentingan keluarga dan anak-anak.

DIAM LEBIH BAIK

BERBICARA/BERKATA :
✿~ yang BENAR..
✿~ yang bermanfaat..
✿~ yang menghiburkan hati keluarga dan sahabat..
✿~ yang menambahkan PAHALA diri dan orang lain..

DIAM :
✿~ daripada DUSTA..
✿~ daripada MENGUMPAT DAN FITNAH..
✿~ daripada mengapu bodek/kata-kata yang tidak berfaedah..




SAHABAT

"semoga ukhuwah fillah yang terbina antara kita kan tetap beremi selamanya..."

AMALAN 7 TIPS DLM KELUARGA

1. PUJI – S etiap pasangan perlu saling memuji antara satusama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terimakasih apabila diberi pertolongan.
2. PELUK – Pasangan suami isteri hendaklah selalu pelukmemeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari keranapelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
3. PENGHARGAAN – Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
4. PERHATIAN – Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatianboleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.
5. PERSEFAHAMAN – Memerlukan pasangan lebih bertolak ansur danmemahami kerjaya masing-masing.
6. PERGAULAN – Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulanmasing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampauibatas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orangketiga.
7. PERCUTIAN – Perlu merancang percutian berdua-duaan denganpasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin
8. PERMOHONAN – Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayangantara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dankeseronokan dunia. 

AVAIL



















rabu-21 march 2012, 9 mlm, first time join kelas AVAIL ni..ader sorang membe aku ajak. sepatutnya kteorang keluar pergi makan, kononnya dia nk belanja. tup2 dia bawak saya ngn membe sy g kelas AVAIL dia..

dh lah kelas habis lambat, tup2 kul 12.30pg baru dapat makan..huhu..sabor je lah..xpe yang penting dia belanja,,ALHAMDULILLAH...

keesokannya nak pergi kerja..warghhh...ngantuk nyer..xcukup tido lah....=(

ONE NOTES FOR MYSELF


Wednesday, 21 March 2012

PETUA IMAM SHAFIE


Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Kek Batik Milo..


my peberet....nyum-nyum..=)
lama dh x makan..










250g biskut marie – patah 4
150g butter
1 cawan milo
5 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar esen vanila
1/2 tin susu pekat
1/2 cawan air
4 biji telur saiz A

Cara-cara:

·         Campur milo, serbuk koko, esen vanila, susu pekat, air dan telur di dalam periuk. Kacau sehingga sekata dan panaskan di atas api yang sederhana.
·         Masukkan butter ke dalam periuk dan kacau sehingga adunan menjadi pekat.
·         Masukkan biskut marie dan kacau sehingga sebati.
·         Masukkan adunan ke dalam bekas dan mampatkan.
·         Sejukkan dalam petik sejuk selama 1 jam sebelum dihidangkan.




ZINA....

‎~✿ Dalam PERSAHABATAN antara lelaki dan perempuan, diumpamakan seperti api dan ais..jika ada BATAS JARAK, kedua-dua elemen ini TIDAK AKAN MEROSAKKAN satu sama lain..TETAPI bagaimana pula jika DI DEKATKAN keduanya? Sama ada api mencairkan ais, atau ais yang memadamkan api..✿~ 

Firman Allah: 
"Dan JANGANLAH kamu MENGHAMPIRI ZINA..."
(Al-Isra`: 32)

p/s : Wahai sahabat sekalian, jangan hampiri zina...FAHAMILAH apa yang DIMAKSUDKAN dengan "HAMPIR"..semua orang tahu..namun, hakikatnya cuma hati yang SENGAJA buat-buat tidak tahu..♥♥

SIAPAKAH KAWAN YANG BAIK??

Kawan yang baik tidak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.


Kawan yang baik tidak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan....

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan saya-saya.

Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.

Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada disisinya.

Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan  baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan  baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.

Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik  kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan  perkara yang baik kepada kawan baiknya.
Sahabat Sejati Sentiasa Dihati

HAKIKAT PERNIKAHAN


 Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEKS, maka pasangan akan selalu bertengkar jika… Servis di kamar tidur tidak memuaskan..

 Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bankrupt..

 Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN, pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka kerepot atau badan jadi gendut..

 Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT, maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak..

 Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya..

 Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik , tanpa kita sedar cinta itu hilang di hati..

 Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA ..